7/15/09

Piagam Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa, Kangkar Senangar

Kami guru dan kakitangan SJK(C) Chong Hwa, Kangkar Senangar dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk




  • memastikan semua kanka-kanak di Kangkar Senangar yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun dapat belajar di sekolah pada hari pertama sesi persekolahan.
  • Memastikan semua kanak-kanak tersebut mendapat pendidikan yang sempurna, bermutu tinggi tanpa sebarang kecacatan.
  • Memastikan kami berkhimat dengan cekap, amanah, dan berdedikasi pada setiap masa.
  • Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan setiap pelangan kami.
  • Memastikan semua buku latihan murid diperiksa dan ditanda dengan teliti.
  • Memastikan semua murid diuji dan diperiksa sekurang-kurangnya 4 kali setahun bagi setiap mata pelajaran.
  • Memberi layanan mesra kepada setiap pelangan yang berurusan dengan kami dan bertindak dengan sewajarnya jika perlu.
  • Bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan lagi prestasi perkhimatan dan kecemerlangan akademik sekolah.

Objektif Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa, Kangkar Senangar

Melahirkan murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Menguasai kemahiran asas, iaitu membaca, menulis, dan mengira.
  • Memupuk minat membaca dan berkembang maju dalam bidang akademik.
  • Penglibatan yang aktif dalam bidang sukan dan lain-lain aktiviti ko-kurikulum.
  • Berilmu, bersikap positif, berdisplin dan bertanggungjawab.
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • Taat Setia, rasa bangga, dan cintakan sekolah.
  • Berkeyakinan, berdaya usaha dan memimpin.
  • Menghayati kesenian dan kebudayaan bangsa dan negara.
  • Menghayati kebersihan, keindahan, keceriaan dan mencintai alam sekitar.
  • Menguasai mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Sains, dan Matematik.
  • Sentiasa menghormati ibu bapa, guru, rakan taulan, warga tua, dan pemimpin.

Matlamat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa, Kangkar Senangar

  • Menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang dapat memainkan peranannya untuk melahirkan murid-murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana yang tercetus dalam Falsafah Pendidikan Malaysia dan Wawasan Pendidikan.
  • Menanamkan sikap penyayang di kalangan murid-murid untuk mewujudkan masyarakat penyayang di samping melahirkan ahli masyarakat yang bermutu, berakhlak mulia, bercermelang pendidikan dan berkecermelangan pendidikan dan berkemahiran tinggi ke arah pencapai Wawasan 2020.

7/14/09

Falsafah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa, Kangkar Senangar

  • Semua murid di sekolah ini mempunyai kebolehan masing-masing dari segi intelek dan fizikal dan mereka harus diberikan peluang berkembang maju berdasarkan kebolehan dan potensi mereka.
  • Golongan pendidikan dan ibu bapa di sekolah ini sentiasa berusaha gigih untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu murid dengan nilai-nilai murni dan dengan perpaduan seperti ini dapat menghasilkan warganegara yang berakhlak tinggi, bertanggungjawab, dan berkeupayaan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.